Barcelona

Barcelona

Barcelona (Bahasa Catalan IPA: [bəɾsəˈlonə], Bahasa Sepanyol IPA: [baɾθeˈlona]), merupakan ibu negeri dan bandar raya Catalonia yang paling ramai penduduk dan bandar raya kedua terbesar di Sepanyol, dengan jumlah penduduk sebanyak 1,605,602 orang dan 3,161,081 orang di Kawasan Metropolitan pada tahun 2006. Ia terletak di pantai timur Laut Mediterranean (41°23′N, 2°11′E), di antara muara sungai-sungai Llobregat dan Besòs, dan dihadkan ke barat oleh rabung Serra de Collserola (512 m). Barcelona ialah pusat ekonomi yang utama.